Pages

Monday, February 22, 2010

Seharian Bersama

Hari ini bermacam-macam perkara yang berlaku dalam hidup Aku..
Aku tahu ianya akan mencorakkan masa hadapan aku. Namun, sebagai manusia Aku tidak akan lari dari masalah dunia..

Tapi Aku menulis bukan kerna diri Aku sendiri, tapi menjurus kepada aspek-aspek kehidupan yang aku ingin bincangkan bersama Korang semua secara am.
Jadi sebagai penulis Aku ingin coretkan post ini untuk dikongsikan bersama (Bukan penulis pun, tidak berbakat).

Dihari ini life Aku kucar-kacir sebentar, al-maklum setelah lama bercuti di Hari Raya Cina (GONG XI FACAI pada kaum Cina). OMG, tapi bukan pasal raya yang aku ingin bincangkan disini, tetapi lebih kepada sikap Positif "+VE" di dalam aspek kehidupan.

Maybe pada sesetengah orang, bersikap positif hanya "waste of time" tapi ianya menyenangkan diri anda dan orang lain disekitar anda. Bersikap positif tidak semestinya membetulkan apa yang salah, berbaik sangka pada orang yang terang-terangan, atau just nak menyelamatkan keadaan sekeliling. Kita harus faham bahawa positif menyentuh dalam segala aspek kehidupan secara khususnya. Umum mengetahui peribahasa tersebut;

Buat Jahat dibalas jahat,Buat baik dibalas baik
Kita di dunia ini hanya inginkan dunia yg lebih baik dan aman sentosa. Bersikap positif akan menjadikan seseorang itu lebih proaktif, berinnovasi dan mempunyai daya saing yang tinggi. Malah, akan menjadikan seseorang itu lebih disegani (Bukan disegani yang ingin kita capai disini okey :p). Bak kata perdana menteri kita YAB Datuk Seri Najib; sekarang ini Malaysia perlu menuju ke arah rakyat yang berinnovasi, berdayacipta dan sihat. Jadi apalagi yang kita perlu tunggu?

Sebagai penutup di post ini, amalkanlah sikap positif di dalam segala aspek kehidupan kita sebgai khalifah di muka bumi ini. Sebagai contoh, andai kita makan dirumah, basuhlah pinggan anda dan jangan biarkan kawan or mak anda basuhkan untuk anda, andai anda diberi tugasan secara berkumpulan, sikap positif anda akan membantu kumpulan anda dan seterusnya memberikan hasil yang terbaik. Andai anda buang air kecil atau besar, flushkanlah bilik air dan bersihkanlah kawasan itu kembali.

Bukankah menjaga kebersihan itu sebahagian dari Iman?

Renung-renungkanlah bersama..

Ada idea menarik untuk di ketengahkan? Hantarlah email anda kepada shukri.suhaimi@gmail.com


No comments:

Post a Comment