Pages

Thursday, February 25, 2010

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum, salam menyambut Maulidur Rasul bagi yang Islam dan selamat bercuti kepada semua rakyat-rakyat 1Malaysia. Hari ini hari yang bersejarah bagi umat-umat Islam dimana hari ini adalah hari keputeraan rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Hari keputeraan Rasulullah jatuh kepada hari yang ke-12 dalam bulan Rabiulawal,hari ni la kan?? Haha, so marilah kita menyambut Maulid Nabi, untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Kredit Photo: Sean, BlakMagik

Monday, February 22, 2010

Serving Tray daripada Pintu Cabinet


Kat rumah Korang ada serving tray tak? Aku tidak mempunyai serving tray kat rumah sewa tapi di rumah parents, itu adalah perkara yang wajib. Of course right? Takkan nak serve macam itu je kan? 

Orang tua-tua cukup fasi dalam hal ini, tapi untuk orang muda zaman sekarang ianya bukanlah satu masalah yang besar. Nak senang, pergi beli kat pasar raya sudahlah. Tapi apa yang aku ingin kongsikan di sini bukanlah dengan membeli tray tersebut (buang RM yang Korang semua payah nak cari), tapi dengan hanya sedikit modifikasi dari pintu cabinet yang tidak digunakan lagi.

Tidak percaya? Ini adalah idea menjurus kepada projek tersebut:


Hah, itu dia idea yang kreatif lagi innovatif. So apa yang Korang perlukan untuk buat serving tray ni? No problem bro, Korang hanya perlukan pintu cabinet (of course yang mana Korang rasa boleh guna), kertas pasir, cat, dan kedua-dua tangan Korang yang Allah S.W.T berikan. Selebihnya, daya imaginasi Koranglah yang akan membantu Korang dalam menentukan design macam mana yang Korang nak buat.

Cuba-cubalah and Selamat bekerja :)

Kredit:

Ada idea menarik untuk di ketengahkan? Hantarlah email anda kepada shukri.suhaimi@gmail.com

Windows 7, Sistem Pengoperasian yang paling HOT dan Panas

Kepada para pembaca dan kawan-kawan sekalian, untuk post ini Aku ingin memperkenalkan Window 7 Ultimate kepada Korang semua.

Ramai diantara Korang mesti tak menggunakan lagikan Window 7?Betol tak?

So tujuan Aku ini, tak lain tak bukan nak promote la Window 7 kat Korang.Untuk pengetahuan korang semua inilah specs yang korang mesti ada pada laptop or komputer untuk run secara minimum window 7 ni :

 

Hah, so kalau laptop/desktop Korang sume rasa lepas untuk run Window 7, ape kata "give it a try huh", by the way Microsoft mengklaim Windows 7 akan lebih cepat dan hanya memakan sedikit memori dalam bekerja( berita baikkan, takdelah slow PC kite). tak salah untuk mencuba jika ianya membawa kepada kebaikan. Aku sudah menggunakan Window 7 sejak dari RTM(Release-To-Manufacturer) version lagi, memang best. Hahaha..


Ini preview Desktop Aku (Zass..):















So macam mana? best tak? bagi Aku simplicity is the best, tapi Window 7 ni macam-macam boleh buat. Terpulang kepada individu lah untuk design macam mana kan? Akhir kata, marilah Korang beramai-ramai switch ke Windows 7 untuk fully utilize komputer Korang. Majulah IT untuk kebaikan bersama..

Ada idea menarik untuk di ketengahkan? Hantarlah email anda kepada shukri.suhaimi@gmail.com 

Seharian Bersama

Hari ini bermacam-macam perkara yang berlaku dalam hidup Aku..
Aku tahu ianya akan mencorakkan masa hadapan aku. Namun, sebagai manusia Aku tidak akan lari dari masalah dunia..

Tapi Aku menulis bukan kerna diri Aku sendiri, tapi menjurus kepada aspek-aspek kehidupan yang aku ingin bincangkan bersama Korang semua secara am.
Jadi sebagai penulis Aku ingin coretkan post ini untuk dikongsikan bersama (Bukan penulis pun, tidak berbakat).

Dihari ini life Aku kucar-kacir sebentar, al-maklum setelah lama bercuti di Hari Raya Cina (GONG XI FACAI pada kaum Cina). OMG, tapi bukan pasal raya yang aku ingin bincangkan disini, tetapi lebih kepada sikap Positif "+VE" di dalam aspek kehidupan.

Maybe pada sesetengah orang, bersikap positif hanya "waste of time" tapi ianya menyenangkan diri anda dan orang lain disekitar anda. Bersikap positif tidak semestinya membetulkan apa yang salah, berbaik sangka pada orang yang terang-terangan, atau just nak menyelamatkan keadaan sekeliling. Kita harus faham bahawa positif menyentuh dalam segala aspek kehidupan secara khususnya. Umum mengetahui peribahasa tersebut;

Buat Jahat dibalas jahat,Buat baik dibalas baik
Kita di dunia ini hanya inginkan dunia yg lebih baik dan aman sentosa. Bersikap positif akan menjadikan seseorang itu lebih proaktif, berinnovasi dan mempunyai daya saing yang tinggi. Malah, akan menjadikan seseorang itu lebih disegani (Bukan disegani yang ingin kita capai disini okey :p). Bak kata perdana menteri kita YAB Datuk Seri Najib; sekarang ini Malaysia perlu menuju ke arah rakyat yang berinnovasi, berdayacipta dan sihat. Jadi apalagi yang kita perlu tunggu?

Sebagai penutup di post ini, amalkanlah sikap positif di dalam segala aspek kehidupan kita sebgai khalifah di muka bumi ini. Sebagai contoh, andai kita makan dirumah, basuhlah pinggan anda dan jangan biarkan kawan or mak anda basuhkan untuk anda, andai anda diberi tugasan secara berkumpulan, sikap positif anda akan membantu kumpulan anda dan seterusnya memberikan hasil yang terbaik. Andai anda buang air kecil atau besar, flushkanlah bilik air dan bersihkanlah kawasan itu kembali.

Bukankah menjaga kebersihan itu sebahagian dari Iman?

Renung-renungkanlah bersama..

Ada idea menarik untuk di ketengahkan? Hantarlah email anda kepada shukri.suhaimi@gmail.com